Thursday, May 7, 2009

KEJAYAAN



Semua orang nak berjaya dalam dunia nie...tapi ramai orang tak tahu apa sebenarnya KEJAYAAN...

Kata Orang Yang Amat Saya Kagumi...

"kejayaan dan kebahagiaan adalah milik semua manusia namun masih ada yang tidak mahu dan tidak berani merasai nikmat kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan..."

Kita semua adalah sama-KITA ADALAH MANUSIA CIPTAAN TUHAN YANG MAHA ESA yang membekalkan kita dengan akal fikiran...

Kejayaan,kebahagiaan dan kehebatan kita...Hasil daripada pengorbanan mak ayah kita yang sememangnya sangat-sangat kita sayang...

Permulaan kehidupan kita.."ketika dalam kandungan"...

kita tak tahu apa-apa tentang dunia,
kita tak tahu apa-apa tentang kejayaan,
kita tak tahu apa-apa tentang kebahagiaan,
kita tak tahu apa-apa tentang kemiskinan,
kita tak tahu apa-apa tentang kekayaan,
kita tak tahu apa-apa tentang cabaran,
kita tak tahu apa-apa tentang dugaan,
kita tak tahu apa-apa tentang penderitaan,
kita tak tahu apa-apa tentang kehidupan...

Maksudnya..KITA MEMANG KOSONG...

"setelah dilahirkan.."

kita masih tak tahu apa-apa tentang dunia..
Tapi, tanpa kita sedari setiap detik kita belajar banyak perkara baru dalam kehidupan...

Kita akan lena tidur bila ibu nyanyikan 'do-do-do-em-em-em' sambil membuai kita dan bercakap 'tido-tido-tido' mak nak buat kerja lain lagi, mak nak masak nanti ayah nak balik makan..Lama-lama kita tidur walaupun kita tak faham apa yang mak cakapkan... (hahahahaha...)....sayang mak ayah...

'nah pegang botol nie...'ibu suruh pegang walaupun ibu tahu kita kita masih tak faham...
tapi kita tak sedar yang kita pegang botol susu seperti yang ibu suruh..

"bila dah besar"

kita dah pandai lihat dengan jelas dan faham apa yang kita lihat sebab itu bila apa yang kita nak tak dapat kita menangis...puas ibu pujuk namun kita terus menangis sampai la kita dapat apa yang kita inginkan (kesian kat ibu sebab masa tu mungkin ibu ayah tak cukup duit,tapi kita tak tahu..)

p/s : ingat lah pengorbananyang telah mak ayah kita lalui semata-mata kerana kita..saat kita menangis itu ibu kita ayah kita...mungkin terpaksa menahan dan menanggung malu sebab diperhatikan oleh orang sekeliling..

"makin besar dan makin meningkat remaja.."

kita rasa diri kita makin hebat...
kita da kenal banyak perkara dalam kehidupan ini...
kita da jumpa berbagai ragam manusia,banyak kerenah,banyak karektor...
tapi..yang paling menyedihkan..
masih terlalu ramai yang hanya pandang,tetapi tak mahu berfikir sedangkan mereka ada mata,ada akal fikiran...

yang mereka tahu hanya lah..;
'Bestnya kalau aku kaya macam dia'
'Seronoknya kalau aku banyak duit macam dia'
'Tentu bahagia kalau aku berjaya macam dia'

Setakat kalau dan pandang serta keinginan tak memadai jika tidak disertakan dengan keputusan dan bertindak.

BUKAN KAH KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN DAN KEJAYAAN ADALAH MILIK SEMUA MANUSIA....

Kata orang yang amat-amat saya kagumi..:

"manusia memang tidak akan sempurna walau dalam keadaan apa sekalipun, TETAPI kita tidak cuba untuk menjadi sempurna..Kerana bila kita cuba,sekurang-kurangnya kita hampir kepada sempurna..."

KEJAYAAN......KEBAHAGIAAN.....KEKAYAAN....KITA TENTUKAN.....!!!!!!

No comments:

Post a Comment